Sunday 31 July 2011

Esok Yang Pasti

mengimbau kisah lalu,
membuatkan aku lebih matang,
akan keberadaannya esok,
mengukir senyuman segenap insan,
sinar cahayanya hari ini,
pasti lebih terang,


Ramadhan Al-Mubarak,
satu destinasi sementara,
mengikis segala kerak keegoan,
melapis dengan setebal keimanan,
merantai gejolak nafsu,
tika syaitan membelenggu,
menguji seteguh mana imanku,

(p/s: lOm abes, t ad mse sye cOntnue.. ^^,)

Sunday 24 July 2011

Senyum Terluka

masih mahu senyum,
walau atma dilanda gelora,
gurindam jiwa yang menjerit pergi,
melukis secebis harapan yang tak pasti,
kala bahu yang berlalu pergi,
beban yang acapkali diheret,
punah akhirnya jua,

benarkah senyumku ini terluka?
terluka kerana dirimu?

sunyiku ini berirama sepi,
walau mentari itu masih mahu menyinar,
tegar ingin memadam cerita lalu,
sakit yang teramat pedih,
tiada guna cerita dengan air mata,
murah semata-mata.

Dia Sahabat

dalam kabur ku tercari-cari cahaya..
akhirnya kutemui..
sinar ceria di raut wajahmu..

andainya alam ini..
mampu berkata-kata..
pastilah pujian buat dirimu..

di waktu itu..
akulah yang bertuah..
punya sahabat sepertimu..
ingin denganmu..
menjalani realiti..
menghadapi hidup ini..

sahabat...