Tuesday 11 October 2011

Hilang Di Mana

Seandainya aku buta,
Aku tak mampu melihat,
Raut indah wajahmu,
Ikhlas senyum tawamu,

Seandainya aku bisu,
Aku tak mampu berbicara,
Bergelak tawa,
Mengadu nasib denganmu,

Seandainya aku pekak,
Aku tak mampu mendengar,
Nada suara indah,
Lafaz kata puitis darimu,

Malangnya,
Aku tak buta,
Aku tak bisu,
Aku tak pekak,
Namun mengapa,
Senyummu hilang di mana?
Tawamu?
Barisan puitis katamu?
Semua yang kau pernah hamparkan dulu,
Sewaktu aku masih lelah,
Sesak dalam gelap kesedihan..

Harapan Bermakna

Kawanan unggas menyanyi riang,
Terbang burung pulang ke rumah,
Hijau rumput gagah melitupi bumi,
Menamatkan senja tatapanku,
Sejenak melakarkan hari kosong,
Menutup sejuta rangkai persoalan,

Hari esok,
Nadiku lelah berbicara,
Menanti tamatnya sebuah sandiwara,
Menunggu bingkisan bermakna,
Seakan sia-sia,

Di ruang rinduku ini,
Ku titiskan selaut harapan,
Melimpah ke adunan jiwa,
Agar hari mendatang,
Disulami kilauan keikhlasan,
Mewarnakan indah saujana,
Harapan bermakna,

Aduhai penyembuh rindu,
Huraikanlah segala persoalan,
Dengan tulus jawapanmu,
Agar hariku kelak,
Tidak sehambar hari ini..

Sunday 31 July 2011

Esok Yang Pasti

mengimbau kisah lalu,
membuatkan aku lebih matang,
akan keberadaannya esok,
mengukir senyuman segenap insan,
sinar cahayanya hari ini,
pasti lebih terang,


Ramadhan Al-Mubarak,
satu destinasi sementara,
mengikis segala kerak keegoan,
melapis dengan setebal keimanan,
merantai gejolak nafsu,
tika syaitan membelenggu,
menguji seteguh mana imanku,

(p/s: lOm abes, t ad mse sye cOntnue.. ^^,)

Sunday 24 July 2011

Senyum Terluka

masih mahu senyum,
walau atma dilanda gelora,
gurindam jiwa yang menjerit pergi,
melukis secebis harapan yang tak pasti,
kala bahu yang berlalu pergi,
beban yang acapkali diheret,
punah akhirnya jua,

benarkah senyumku ini terluka?
terluka kerana dirimu?

sunyiku ini berirama sepi,
walau mentari itu masih mahu menyinar,
tegar ingin memadam cerita lalu,
sakit yang teramat pedih,
tiada guna cerita dengan air mata,
murah semata-mata.

Dia Sahabat

dalam kabur ku tercari-cari cahaya..
akhirnya kutemui..
sinar ceria di raut wajahmu..

andainya alam ini..
mampu berkata-kata..
pastilah pujian buat dirimu..

di waktu itu..
akulah yang bertuah..
punya sahabat sepertimu..
ingin denganmu..
menjalani realiti..
menghadapi hidup ini..

sahabat...